Sunday, November 25, 2012

Pengalaman mendaki gunung kinabalu via Mesilau trail 2011

Mount Kinabalu - Sabah's Treasure

Hari ni tiba-tiba rasa mo tingu-tingu gambar 
yang ada dalam external, sampailah sa tejumpa
balik gambar-gambar sewaktu menaiki 
gunung kinabalu..
I want to share my experience climbing 
the tallest mountain in South-East Asia 
and one of the highest trekkable peaks in the world. 
Mt Kinabalu is a National Park In the 
Malaysian State of Sabah "Island below the wind" 
on the island of Borneo. 
Sabah's capital city is Kota Kinbalu and 
Sabah is my homeland :)

The summit of Mt Kinabalu, Low's Peak,
sits at 4095m (13,435ft) above sea-level.
Date climbed Mt Kinabalu : 19.11.2012 to 20.11.2011
Cost : RM 190 / person (25 people in a group)
 -- this is price for Sabahan
Climb via Mesilau's summit trail

*ALL IMAGE - PLEASE CLICK TO MAKE IT BIGGER *

One Month before :

Well, to make myself fit..yalah,untuk tidak menyesal,
kena lah persiapkan fizikal supaya fit and sampai
di puncak..bukan alang-alang tu tinggi tu Gunung Kinabalu,
Besenamlah kunun..
p naik-naik bukit
disana taman dekat Bukit Padang, jogging,
paling tidak pun turun naik tangga banggunan
di tempat keja atau apartment.
Haha! tapi bukan tiap hari pun sa ada training..
sebab sibuk keja..adalah 1 kali 1 minggu..
itupun kalau rajin... :P
Low's peak
Gambar di atas..kalau perasaan,
puncak ni lah yang ada di duit RM1 dan RM50..
Tapi, bukan puncak ni yang kita climb..
kalau nak climb puncak ni, via ferrata lah jawabnya..

One day before
Kemas barang, sebenarnya ini adalah kali pertama 
saya naik gunung..jadi apa yang patut dibawa dan
yang tidak patut dibawa..sa pun tidak tau..
hantam sajalah..
anyway,benda2 yang saya bawa masa tu :
  • Cloud 9 (chocolate ) - 1 pek
  • Oral Rehydration Salt - 1 sachet - semasa naik gunung kan banyak buang peluh, takut kena muscle cramp..hehe
  • Pain killer - Persediaan, sebab saya ada  masalah tulang belakang (L5,S1).sakit wohh.. tapi sa mau naik juga.. :)
  • Waist binder - For my back :p
  • Botol air 500ml
  • mee maggi x2
  • Baju hujan ( murah punya ) x 2
  • sweater tebal
  • sarung tangan kalis hujan x1
  • sarung tangan biasa
  • track suit (seluar panjang) x1
  • baju-T x 2
  • Kasut khas untuk climb 
  • Toiletries
  • Lampu sulu (letak di kepala)
  • Snow cap
  • Selendang (untuk tutup leher and hidung )
  • mp3
Saya nasihatkan, xperlu bawa barang banyak sangat.
Yang perlu sahaja. Kalau mau angkat barang sendiri 
time trekking kasi ringan2 lah barang..
tapi kalo maw kasi bawa potter,kasi sedia2 lah duit..
Rm15/kg ..mahal juga owh...
Berat beg saya 8kg. Beratnyaa...
tapi, saya tetap bawa sendiri..yang memberatkan 
beg saya sweater yang tebal tu sama kasut...hmm...

Day 1 (19 Nov 2012 )

Bertolak dari Kota Kinabalu pukul 6 pagi, 
Konvoi dengan transpot sendiri ( Fiance kawan saya yang drive ),
dalam kereta ada 4 orang..kawan2 
segroup yang lain pun pakai kereta sendiri ja...

Sampai di Sabah Park lebih kurang dalam pukul 8:30 pagi.
Gambar disebelah ni 
gambar mt.Kinabalu - ambil dari Sabah Park view :P
bedegup2 jantung masa ni..
tidak sabar pun ada...takut pun ada..
hehe.Excited lah kunun bah...

Perkara yang perlu di selesaikan di Sabah park :

  • Collect Name tag - kalau tiada name tag nanti kena chop
    pendaki haram.Free2 kena denda rm2000! hahaha!
  • Siapa maw kasi bawa beg / muatan sama potter
    silakan p timbang beg
  • Sewalah tongkat - recommended
    (masa ni sa fikir tida perlu, jadi sa tida sewa )
  • Ambil Bekalan yang di sediakan oleh
     pihak penganjur di restoran di Sabah Park.        
    Masa tu kami di bekal kan -
    telur 2 biji, pisang 2 biji, epal 1 biji,
    sandwich 2 keping dan
    sebotol air mineral 500ml.
Masa ni saya mengambil keputusan untuk
membawa muatan sendiri
walaupun bnyak yang tidak bersetuju
dengan keputusan saya.
Dorang cakap nanti saya tidak sampai puncak
 kalau sa bawa barang sendiri.
Mentang-mentang saya perempuan,
dorang pandang rendah sama saya.
Wait and see.Kebanyakan kasi bawa potter 
barang2 dorang..kecuali saya dan 
kawan saya seorang yang juga perempuan.

Bertolak dari Sabah Park lebih kurang 
pada pukul 9:20 am by group start point 
mengikut laluan yang dipilih oleh kumpulan
sewaktu tempahan
( tempahan mesti buat awal-awal 5-3 months before).
Transport by Sabah park.
Untuk pengetahuan semua, ada dua laluan 
dari Sabah Park, iaitu melalui :
  1. Timpohon gate
  2. Mesilau
Mesti ada yang tertanya-tanya kan 
apa beza dua laluan ni..mari,sa kasi tau..

Timpohon (4 km to laban Rata)
Laluan ini selalu menjadi pilihan pelancong 
dan yang di sarankan oleh siapa2 yang sudah
pernah mendaki gunung kinabalu sebelum ini kepada
pendaki yang pertama kali ..
sebab dia (menurut sayalah)..
  1. Laluan ini bersih.Lebih mudah
  2. Rasa lebih selamat dan
    tidak rasa takut2 -
    untuk yang takut jalan sorang2 dalam hutan.Sebab?
    ada banyak orang melalui laluan ini..
Mesilau ( 6km to Laban Rata)
laluan ini amat jarang dipilih..          
Tapi bagi yang sukakan cabaran,                                                                      
 sila lah pilih laluan ini :)
  1. Laluan memang mencabar
    ( jalan berbatu, laluan untuk berjalan
    tidak seluas dan se'kemas' laluan Timpohon ).
  2. Laluan ini amatlah sunyi..sebab jarang dipilih.

Walaupun Mesilau trail jarang di pilih..
Tapi, group kami memilih untuk melalui
jalan Mesilau..Tapi kan, yang sebenarnya
saya pun tidak tau perbezaan besar antara
laluan Mesilau dan Timpohon masa tu..
main ikut majoriti ja...haha!
Tapi,tidak rugi pun..
sebab laluan Mesilau, pemandangan sepanjang
perjalanan sangat cantik dan menghiburkan hati
dan badan yang penat..di sebabkan
laluan yang susah ni...maka, siapa2 pendaki yang
melalui laluan Mesilau akan diberi sijil...
Timpohon?No... minta maaf yaa..inda ada..haha!

Perjalanan dari Sabah Park ke starting point
 mengambil masa kurang daripada 15 minit.
Di sepanjan perjalanan pun siok mau tingu 
kebun sayur...subur dan teratur.Cantik dan segar!!

Tiba di start point sebelum pukul 10. Briefing 
sekejap oleh guide...jangan lupa buang 
air kecil sebelum memulakan perjalanan..
dan berdoa untuk keselamatan :)

Wah! starting point dia memang mencabar...
naik bukit terussssss! dalam barisan saya 
merupakan orang yang ke-10.Belum sampai 
10 minit, nafas saya sudah kedengaran.
Dalam fikiran saya,

"kenapalah cari penyakit mau naik gunung ni"

haha! tapi saya tetap bertekad untuk
meneruskan perjalanan.Perlahan-lahan.
20 minit, beberapa orang yang berada
dibelakang saya sudah tertinggal jauh sedikit.
25 minit, beberapa orang
dihadapan saya mula mengambil masa untuk rehat 
sebentar dan ada juga yang meneruskan perjalanan. 
Saya tetap meneruskan perjalanan. Rakan saya, 
Riduanah yang juga membawa muatan sendiri 
bergerak pantas..dia telah mendahului kumpulan kami..
30 minit, saya mengambil keputusan untuk berhenti
seketika dan minum seteguk air..Rehat hanya seminit
kemudian meneruskan perjalanan..Perjalanan 
menaiki bukit akhirnya berakhir. Pada waktu ini,
saya tidak melihat rakan-rakan yang lain di belakang..
si Riduanah pun tidak nampak sudah, laju betul 
dia jalan.nampaknya saya sorang2 lah ni bejalan...

Perjalanan menaiki bukit diganti dengan jalan berbatu..
saya kemudian mengeluarkan kamera kompak
dan mula mengambil gambar.Masa ni saya 
melangkah perlahan-lahan dan menikmati
pemandangan di hutan..kagum.

Inilah jalan yang berbatu tu..mencabarkan? 
masa ni sa pakai sandal saja, tapi yang ada grip lah..
yang memang boleh jalan dihutan punya dan
pastikan sandal yang kamu pakai mencengkam 
tanah..kalau tidak...LICIN..

Salah satu pemandangan yang indah :P
Air terjun di perjalanan

KM  4.5 masa ni sa betul2 sudah letih..
saya mengambil keputusan duduk berehat sekejap,
makan cloud 9 dan minum air..sepanjang perjalanan
sebelum sampai disini, saya telah kehabisan air
dan mengambil keputusan untuk minum
air paip yang ada di beberapa perhentian
di sepanjang perjalanan.Memang betul2 mencabar...
selepas berehat selama 5  minit saya meneruskan
perjalanan dan menyumbat telinga dengan mp3.

Berkabus

Tiba dikawasan ini..saya teruja dengan
pemandangan yang cantik..wahhh....
hilang segala rasa penat..saya berhenti
sekejap menikmati pemandangan..
Bikin takut juga waktu di sini..bunyi angin kuat,
berkabus...terasa macam ada hujan
( sebenarnya kabus )..

Haishhh...selepas pemandangan yang Indah2 tu 
masuk balik ke dalam hutan. Saya meneruskan 
perjalanan . Perut lapar, makan apa yang dibekalkan 
oleh pihak Sabah Park :)

Yang paling leceh, bila tiba di kawasan bertangga 
dan bertali...alamak, part nilah yang buat 
lemas badan..sampai ada satu masa sa tekatawa 
sendiri tengok tangga yang perlu sa naik 
telampau banyak dan tinggi..

Di dalam hati, tidak sabar- sabar maw sampai...
macam dalam cerita SHREK...
c DONKEY asyik tanya..
"are we there yet??"

Sepanjang perjalanan ada beberapa pelancong
(orang putih dan korean ) yang memintas
jalan saya..Tapi, sekelip mata ja hilang sudah dari pandangan..
odoi...kasi pinjam dulu sa
tenaga kamurang..pakai seluar pindik saja lagi tu..
baru lah, paling guragas..biasa bah 
kali tempat durang, lagi sejuk..
sa tidak sanggup sudah tangkap gambar..
ada pun, gambar2 bunga...tapi saya tidak upload,
lama betul maw tunggu..hehe...

Lebih kurang sebelum pukul 4 petang, 
saya tiba di persimpangan jalan di mana 
laluan Timpohon dan Mesilau bersatu..
dari sini hanya ada satu laluan..dan BERBATU...
bila tiba di sini, saya mulai memakai 
baju hujan (nipis) untuk tutup badan dan kepala..
sangat berkabus..titisan-titisan air hasil daripada 
kabus buli kasi basah baju saya..hehe...

Laluan ini lagi lah mencabar, berbatu..
tiada yang tiada batu..tu tanda dia sudah 
hampir di Laban Rata..tapi, mencabar owh...
masa ni sa bejalan 5 minit, berenti 5 minit.
Nafas pun tidak tahan sudah, mungkin disebabkan 
oleh ketinggian.Di sini bekalan saya hampir habis..lapar...
Sepanjang perjalanan, 
saya rasa inilah laluan yang paling mencabar...

Ada sekali selepas berehat, saya baru mau 
memulakan perjalanan..baru melangkah, 
Bappppp! saya tejatuh macam nangka busuk...
Aduuuhhhhh! rasa mau menangis pun ada..
punyalah sakit terhempas di batu, nasib baik 
bukan kepala..tapi sakit juga walaupun hanya
 kena di bahagian pinggul.

Selepas bertarung dalam masa 
2 jam lebih, akhirnya saya sampai di Laban Rata...
perasaan lega dan bersyukur dihati, hanya Tuhan 
saja yang tau..dari sini Gunung Kinabalu 
segak berdiri..masa ni saya tersenyum sendiri...
Wahhh! akhirmya sampai juga...
Jam menunjukkan pukul 5:30 pm..

Tanpa membuang masa saya cepat-cepat 
menuju ke bangunan putih tu...
Setibanya di bangunan itu, 
saya mencari-cari kelibat c Riduanah...
Tiba-tiba dia datang kearah saya, 
tersenyum lebar..Dia sampai 30 minit lebih awal...

Saya pun makan...hehe..sorry, 
tidak sanggup sudah ambil gambar..
lapar dan letih..tapi, makanan yang 
disediakan tidak perlu dibayar kerana 
sudah termasuk dalam yuran :)
makanan untuk pendaki disediakan dalam 
pukul 5 petang..so,kalau kamu sampai lebih awal 
dan kelaparan...kena lah tunggu sampai pukul 5..
kalau tidak dapat tunggu, bayar sendiri..
Laban Rata : Penginapan dan Restaurant

Selepas makan, kami menuju ke rumah penginapan 
yang terletak 10 minit daripada restaurant.

Sampai ja, terus p bilik mandi.cuci muka dan 
cuci apa yang patut sahaja. Tak sanggup nak mandi...
Air lebih sejuk daripada ais..tajam macam 
pisau kena di kulit..tukar baju dan bersiap 
untuk tidur.Untuk pengetahuan semua, saya 
memakai pakaian untuk mendaki ketika tidur...
supaya tak perlu susah2 nak bersiap esok pagi...
Selimut di sediakan. Oh ya..kawan-kawan 
pendaki segroup yang lain tiba sebelum 10 malam...
saya tau pun pada keesokan hari nya...
sebab masa tu saya dah tidur nyenyak...
dah telan painkiller sebiji. 
Sakit pinggul sa tehantak...cilaka..haha !

Masa untuk mendaki ke summit : 2:30 am
Persiapan : baju hujan (nipis) manalah tau 
ujan tiba2 diatas & torch (kepala)

1:50 am
Bangun...cuci muka..sarapan dan mempersiapkan 
diri.Kalau kamu rajin,boleh sarapan di restaurant..
saya makan meggi cup ja...ada dapur di rumah 
penginapan tu.malas mau turun naik..

2:30 am

Pendakian bermula....Gelap gulita...menakutkan..
tidak nampak apa-apa kecuali jalan yang di lalui.... 
ikut urang dari belakang ja..dalam bayangan saya,
yang gelap2 tu semua jurang..eiiiii,seram...! 
tebayang kalau jatuh...tidakkkkkkk!!...hehe
Semasa mendaki angin yang bertiup sangat sejuk.
Nasiblah ada bawa selendang..bikin tutup mulut 
dan hidung.kalau tidak,kering..
boleh  jadi sakit kalu bernafas...

mendaki ke puncak boleh tahan cabaran dia. 
Dengan kaki yang sakit akibat tejatuh semalam, 
saya teruskan juga langkah bersama c Riduanah.
Nasib baiklah guide yang membawa kami sanggup 
tunggu dan kadang2 menarik tangan kami untuk 
bantu kami meneruskan perjalanan.Kalau di ikutkan 
keadaan dan kesanggupan fizikal memang sudah tidak mampu..
tapi,semangat yang kuat membuatkan 
saya terus melangkah sehingga sampai ke puncak!

yeaaaayyyy!!akhirnya sampai di puncak 
pada pukul 5:50 pagi..melihat matahari terbit....
Tapi,kata guide awan sangat banyak..jadi, 
tidak berapa cantik..sewaktu sampai di puncak..
hilang semua rasa sakit..bukan hilang..lupa..
keindahan yang tidak boleh di ucap dengan kata-kata. 
Sendiri naik sampai puncak baru tau..hehe
Summit Gunting Lagadan..

Hanya 15 minit berada di puncak, guide kami bagi signal untuk turun..dia bilang tidak buli 
lama-lama sebab kami akan mengambil masa 
untuk turun ke bawah..Belum puas sebenarnya 
berada di puncak, tapi mesti dengar cakap expert.. :p

Time turun dari puncak, guide kami menawarkan diri 
untuk mengambil gambar-gambar sewaktu menuruni 
puncak dan dia menyuruh kami untuk menikmati pemandangan.
.Nasib baik lah dapat guide yang 

murah hati dan memahami..Dia janji juga untuk 
ambil gambar2 yang terbaik untuk saya :P

Cantik kan pemandangan di belakang ? 
Awan-awan tu macam gula-gula kapas..
Ini gambar saya dan Riduanah sewaktu menuruni 
gunung kinbalu..naik mencabar, Turun lagi mencabar..
kaki sakit,lutut sakit..semua sakit.Perut pun lapar

Gambar ini di tangkap oleh guide..
pandai dia ambil gambar,hasilnya memang fantastic! 
kolam ini terdapat berhampiran dengan puncak.
Kalau pigi di sini mesti kamu nampak banyak 
duit syilling dalam tu..ada orang buat wish... :)

Akhirnya selamat sampai ke bawah ( Tempat menginap ) 
sebelum pukul 9..we made it! macam tidak percaya oh...
sarapan pagi mula dihidangkan pada pukul 8 / 9 pagi 
( tak berapa ingat )...

Tiba di tempat penginapan, kami berkemas-kemas 
untuk balik..Tapi sebelum itu singgah makan 
di restaurant dulu.. :)

Sepanjang perjalanan balik, kesakitan bertambah .
Terutamanya bahagian lutut dan bahagian pinggul.
Masa ni lah tongkat sangat berguna...
sebab sepanjang perjalanan hanyalah menuruni bukit...
bayangkan tekanan pada lutut..sakit owh...
Perjalanan balik melalui Timpohon gate 
( jangan lalu Mesilau pulak)..perjalanan di laluan 
Timpohon memudahkan perjalanan.
Terasa lebih rilex..
Setiap 1KM mengambil masa selama 1 jam.

Akhirnya sampai di air terjun yang berdekatan 
dengan penghujung jalan iaitu di Timpohon Gate. 
Untuk menghabiskan perjalanan ini kena 
pula naik bukit..kalau sudah penat, boleh tahan 
juga lah rasa dia.haha! tapi, akhirnya..sampai juga bah...

 Timpohon..ni pandangan selepas saya melalui
gate besi tu....sempat ambil gambar sebelum menuju
ke mini bas yang sedang menunggu ketibaan kami
dan menghantar kami ke Sabah Park.
Tiba di Sabah Park, makan lagi...
Tapi, saya terlalu penat untuk melantak...
makanan yang dihidangkan memang sedap..
Tapi, I'm so damn tired..

Riduanah dan saya mendapat pujian dari
kawan-kawan yang lain :)

Yeayy!! we made it.

Post climb sickness :

  1. Kaki sakit.Susah untuk begerak.
  2. pinggul lebam - ambik masa 5 hari untuk sembuh.
  3. Gastric-mungkin sebab painkiller.
  4. Jantung berdegup perlahan
    -selepas kerja keras 2 hari..
    masa ni jantung saya cuma
    berdegup 56 beats per minute,
    kalau dikira sudah bradycardia tu...
    tapi hanya sementara ja..untuk beberapa minggu..
    bagi masa untuk badan kamu menyesuaikan diri.
Gara-gara naik gunung..ambik MC 3 hari
Injection 2 kali.1 injection Intramuscular,1
 lagi Intravenous...haha!Anyway, saya puas hati...
sebab dah conquer Gunung Kinabalu.... !!!!

P/S don't worry..sepanjang perjalanan
telefon masih berfungsi ( service masih ada ) :)

Terima kasih kerana meluangkan masa
membaca pengalaman saya :)

~The greatest pleasure in life is
   Doing something that people say
   you cannot do ~ : Prove it,they are wrong !!

7 comments:

  1. Bagus entry awak. Kelakar pun ada...
    Saya akan ke sana 1-4/10/13 seramai 15 orang melalui Mesilau. Moga-moga selamat sampai dan kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya :)

      Delete
    2. :)
      masa melalui pengalaman ini sangat lah payah..tapi bila dah lepas...terasa lucu :)

      Delete
  2. hebat dan kagum sy baca travelog kamu ni..next year saya akan panjat kinabalu juga.sy juga ada masalah slip disc l5s1.risau sgt lepas bc blog kamu blk mendaki kene dptkan injectionintravenous.sy pnh kene enject masa masok wad baru2 ni.kesannya saya pening dan muntah2.mujur sy dlm wad.dan harga injection ni around rm600.tetiba saya bimbang sgt nk panjat gunung ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi x naik gunung kinabalu?Sekiranya kamu bimbang,saya sarankan ambil laluan timpohon.laluan timpohon mudah..kebanyakan keluarga yg membawa anak2 bersama melalui laluan ini :)

sHaH said...

Bagus entry awak. Kelakar pun ada...
Saya akan ke sana 1-4/10/13 seramai 15 orang melalui Mesilau. Moga-moga selamat sampai dan kembali.

abigail said...

Semoga berjaya :)

zts037 said...

great trip...

Anonymous said...

hebat dan kagum sy baca travelog kamu ni..next year saya akan panjat kinabalu juga.sy juga ada masalah slip disc l5s1.risau sgt lepas bc blog kamu blk mendaki kene dptkan injectionintravenous.sy pnh kene enject masa masok wad baru2 ni.kesannya saya pening dan muntah2.mujur sy dlm wad.dan harga injection ni around rm600.tetiba saya bimbang sgt nk panjat gunung ni...

Abigail Aley said...

jadi x naik gunung kinabalu?Sekiranya kamu bimbang,saya sarankan ambil laluan timpohon.laluan timpohon mudah..kebanyakan keluarga yg membawa anak2 bersama melalui laluan ini :)

Abigail Aley said...

thanks!

Abigail Aley said...

:)
masa melalui pengalaman ini sangat lah payah..tapi bila dah lepas...terasa lucu :)

Post a Comment