Haishhh...selepas pemandangan yang Indah2 tu
masuk balik ke dalam hutan. Saya meneruskan
perjalanan . Perut lapar, makan apa yang dibekalkan
oleh pihak Sabah Park :)
Yang paling leceh, bila tiba di kawasan bertangga
dan bertali...alamak, part nilah yang buat
lemas badan..sampai ada satu masa sa tekatawa
sendiri tengok tangga yang perlu sa naik
telampau banyak dan tinggi..
Di dalam hati, tidak sabar- sabar maw sampai...
macam dalam cerita SHREK...
c DONKEY asyik tanya..
"are we there yet??"
Sepanjang perjalanan ada beberapa pelancong
(orang putih dan korean ) yang memintas
jalan saya..Tapi, sekelip mata ja hilang sudah dari pandangan..
odoi...kasi pinjam dulu sa
tenaga kamurang..pakai seluar pindik saja lagi tu..
baru lah, paling guragas..biasa bah
kali tempat durang, lagi sejuk..
sa tidak sanggup sudah tangkap gambar..
ada pun, gambar2 bunga...tapi saya tidak upload,
lama betul maw tunggu..hehe...
Lebih kurang sebelum pukul 4 petang,
saya tiba di persimpangan jalan di mana
laluan Timpohon dan Mesilau bersatu..
dari sini hanya ada satu laluan..dan BERBATU...
bila tiba di sini, saya mulai memakai
baju hujan (nipis) untuk tutup badan dan kepala..
sangat berkabus..titisan-titisan air hasil daripada
kabus buli kasi basah baju saya..hehe...
Laluan ini lagi lah mencabar, berbatu..
tiada yang tiada batu..tu tanda dia sudah
hampir di Laban Rata..tapi, mencabar owh...
masa ni sa bejalan 5 minit, berenti 5 minit.
Nafas pun tidak tahan sudah, mungkin disebabkan
oleh ketinggian.Di sini bekalan saya hampir habis..lapar...
Sepanjang perjalanan,
saya rasa inilah laluan yang paling mencabar...
Ada sekali selepas berehat, saya baru mau
memulakan perjalanan..baru melangkah,
Bappppp! saya tejatuh macam nangka busuk...
Aduuuhhhhh! rasa mau menangis pun ada..
punyalah sakit terhempas di batu, nasib baik
bukan kepala..tapi sakit juga walaupun hanya
kena di bahagian pinggul.
Selepas bertarung dalam masa
2 jam lebih, akhirnya saya sampai di Laban Rata...
perasaan lega dan bersyukur dihati, hanya Tuhan
saja yang tau..dari sini Gunung Kinabalu
segak berdiri..masa ni saya tersenyum sendiri...
Wahhh! akhirmya sampai juga...
Jam menunjukkan pukul 5:30 pm..
Tanpa membuang masa saya cepat-cepat
menuju ke bangunan putih tu...
Setibanya di bangunan itu,
saya mencari-cari kelibat c Riduanah...
Tiba-tiba dia datang kearah saya,
tersenyum lebar..Dia sampai 30 minit lebih awal...
Saya pun makan...hehe..sorry,
tidak sanggup sudah ambil gambar..
lapar dan letih..tapi, makanan yang
disediakan tidak perlu dibayar kerana
sudah termasuk dalam yuran :)
makanan untuk pendaki disediakan dalam
pukul 5 petang..so,kalau kamu sampai lebih awal
dan kelaparan...kena lah tunggu sampai pukul 5..
kalau tidak dapat tunggu, bayar sendiri..
|
Laban Rata : Penginapan dan Restaurant
Selepas makan, kami menuju ke rumah penginapan
yang terletak 10 minit daripada restaurant.
Sampai ja, terus p bilik mandi.cuci muka dan
cuci apa yang patut sahaja. Tak sanggup nak mandi...
Air lebih sejuk daripada ais..tajam macam
pisau kena di kulit..tukar baju dan bersiap
untuk tidur.Untuk pengetahuan semua, saya
memakai pakaian untuk mendaki ketika tidur...
supaya tak perlu susah2 nak bersiap esok pagi...
Selimut di sediakan. Oh ya..kawan-kawan
pendaki segroup yang lain tiba sebelum 10 malam...
saya tau pun pada keesokan hari nya...
sebab masa tu saya dah tidur nyenyak...
dah telan painkiller sebiji.
Sakit pinggul sa tehantak...cilaka..haha !
Masa untuk mendaki ke summit : 2:30 am
Persiapan : baju hujan (nipis) manalah tau
ujan tiba2 diatas & torch (kepala)
1:50 am
Bangun...cuci muka..sarapan dan mempersiapkan
diri.Kalau kamu rajin,boleh sarapan di restaurant..
saya makan meggi cup ja...ada dapur di rumah
penginapan tu.malas mau turun naik..
2:30 am
Pendakian bermula....Gelap gulita...menakutkan..
tidak nampak apa-apa kecuali jalan yang di lalui....
ikut urang dari belakang ja..dalam bayangan saya,
yang gelap2 tu semua jurang..eiiiii,seram...!
tebayang kalau jatuh...tidakkkkkkk!!...hehe
Semasa mendaki angin yang bertiup sangat sejuk.
Nasiblah ada bawa selendang..bikin tutup mulut
dan hidung.kalau tidak,kering..
boleh jadi sakit kalu bernafas...
mendaki ke puncak boleh tahan cabaran dia.
Dengan kaki yang sakit akibat tejatuh semalam,
saya teruskan juga langkah bersama c Riduanah.
Nasib baiklah guide yang membawa kami sanggup
tunggu dan kadang2 menarik tangan kami untuk
bantu kami meneruskan perjalanan.Kalau di ikutkan
keadaan dan kesanggupan fizikal memang sudah tidak mampu..
tapi,semangat yang kuat membuatkan
saya terus melangkah sehingga sampai ke puncak!
yeaaaayyyy!!akhirnya sampai di puncak
pada pukul 5:50 pagi..melihat matahari terbit....
Tapi,kata guide awan sangat banyak..jadi,
tidak berapa cantik..sewaktu sampai di puncak..
hilang semua rasa sakit..bukan hilang..lupa..
keindahan yang tidak boleh di ucap dengan kata-kata.
Sendiri naik sampai puncak baru tau..hehe
|
|
Summit Gunting Lagadan..
Hanya 15 minit berada di puncak, guide kami bagi signal untuk turun..dia bilang tidak buli
lama-lama sebab kami akan mengambil masa
untuk turun ke bawah..Belum puas sebenarnya
berada di puncak, tapi mesti dengar cakap expert.. :p
Time turun dari puncak, guide kami menawarkan diri
untuk mengambil gambar-gambar sewaktu menuruni
puncak dan dia menyuruh kami untuk menikmati pemandangan. .Nasib baik lah dapat guide yang
murah hati dan memahami..Dia janji juga untuk
ambil gambar2 yang terbaik untuk saya :P
Cantik kan pemandangan di belakang ?
Awan-awan tu macam gula-gula kapas..
Ini gambar saya dan Riduanah sewaktu menuruni
gunung kinbalu..naik mencabar, Turun lagi mencabar..
kaki sakit,lutut sakit..semua sakit.Perut pun lapar
|
Gambar ini di tangkap oleh guide..
pandai dia ambil gambar,hasilnya memang fantastic!
kolam ini terdapat berhampiran dengan puncak.
Kalau pigi di sini mesti kamu nampak banyak
duit syilling dalam tu..ada orang buat wish... :)
Akhirnya selamat sampai ke bawah ( Tempat menginap )
sebelum pukul 9..we made it! macam tidak percaya oh...
sarapan pagi mula dihidangkan pada pukul 8 / 9 pagi
( tak berapa ingat )...
Tiba di tempat penginapan, kami berkemas-kemas
untuk balik..Tapi sebelum itu singgah makan
di restaurant dulu.. :)
Sepanjang perjalanan balik, kesakitan bertambah .
Terutamanya bahagian lutut dan bahagian pinggul.
Masa ni lah tongkat sangat berguna...
sebab sepanjang perjalanan hanyalah menuruni bukit...
bayangkan tekanan pada lutut..sakit owh...
Perjalanan balik melalui Timpohon gate
( jangan lalu Mesilau pulak)..perjalanan di laluan
Timpohon memudahkan perjalanan.
Terasa lebih rilex..
Setiap 1KM mengambil masa selama 1 jam.
Akhirnya sampai di air terjun yang berdekatan
dengan penghujung jalan iaitu di Timpohon Gate.
Untuk menghabiskan perjalanan ini kena
pula naik bukit..kalau sudah penat, boleh tahan
juga lah rasa dia.haha! tapi, akhirnya..sampai juga bah...
Timpohon..ni pandangan selepas saya melalui
gate besi tu....sempat ambil gambar sebelum menuju
ke mini bas yang sedang menunggu ketibaan kami
dan menghantar kami ke Sabah Park.
Tiba di Sabah Park, makan lagi...
Tapi, saya terlalu penat untuk melantak...
makanan yang dihidangkan memang sedap..
Tapi, I'm so damn tired..
Riduanah dan saya mendapat pujian dari
kawan-kawan yang lain :)
- Kaki sakit.Susah untuk begerak.
- pinggul lebam - ambik masa 5 hari untuk sembuh.
- Gastric-mungkin sebab painkiller.
- Jantung berdegup perlahan
-selepas kerja keras 2 hari..
masa ni jantung saya cuma
berdegup 56 beats per minute,
kalau dikira sudah bradycardia tu...
tapi hanya sementara ja..untuk beberapa minggu..
bagi masa untuk badan kamu menyesuaikan diri.
Gara-gara naik gunung..ambik MC 3 hari
Injection 2 kali.1 injection Intramuscular,1
lagi Intravenous...haha!Anyway, saya puas hati...
sebab dah conquer Gunung Kinabalu.... !!!!
P/S don't worry..sepanjang perjalanan
telefon masih berfungsi ( service masih ada ) :)
Terima kasih kerana meluangkan masa
membaca pengalaman saya :)
~The greatest pleasure in life is
Doing something that people say
you cannot do ~ : Prove it,they are wrong !!
Bagus entry awak. Kelakar pun ada...
ReplyDeleteSaya akan ke sana 1-4/10/13 seramai 15 orang melalui Mesilau. Moga-moga selamat sampai dan kembali.
Semoga berjaya :)
Delete:)
Deletemasa melalui pengalaman ini sangat lah payah..tapi bila dah lepas...terasa lucu :)
great trip...
ReplyDeletethanks!
Deletehebat dan kagum sy baca travelog kamu ni..next year saya akan panjat kinabalu juga.sy juga ada masalah slip disc l5s1.risau sgt lepas bc blog kamu blk mendaki kene dptkan injectionintravenous.sy pnh kene enject masa masok wad baru2 ni.kesannya saya pening dan muntah2.mujur sy dlm wad.dan harga injection ni around rm600.tetiba saya bimbang sgt nk panjat gunung ni...
ReplyDeletejadi x naik gunung kinabalu?Sekiranya kamu bimbang,saya sarankan ambil laluan timpohon.laluan timpohon mudah..kebanyakan keluarga yg membawa anak2 bersama melalui laluan ini :)
Delete