Aku merenung dinding bilik yang baru siap di kemaskan dua hari yang lalu. Semuanya ku lakukan sendiri. Aku merenung smart phone ku disudut meja kecil dibilikku. Hmmm…semoga sudah sebulan aku memadamkannya dan tidak sekalipun terdetik dihati untuk menghidupkannya walaupun kadang-kadang terselit rasa rindu di hati dengan teman-temanku. Tiba-tiba telefon kecilku berbunyi..aku melihat paparan skrin ’mama’. Aku membiarkannya seketika.Lalu sunyi…
Bunyi melodi telefon Samsung kecilku berkumandang kembali. Aku
menekan punat ‘answer’
“Dee okay?” Suara mama tergambar kerisauan.
“Okay ma..Tak perlu la risau sangat.Dee Okay.. . Baru je lepas iron uniform ni
hah…esok Dee nak lapor diri kat tempat keja baru..” Aku sedaya yang mungkin
menunjukkan rasa ceria melalui senyuman..
“Dee jangan tak makan tau.Kalau ada masalah, mama sentiasa
siap membantu”
“Ya,ma…Thanks Mum”
“Jaga diri ye Dee..Bye..”
“Bye mum.”
Aku kemudian membaringkan diri diatas katil super
singleku..tilam empuk..aku merenung siling…Harapanku untuk esok agar permulaan
bagi hidupku yang baru bermula dengan baik. Aku mesti meneruskan perjuanganku untuk bangun
semula.
Aku bangun dari katil dan menuju ke ruang tamu. Tak rugi rasanya aku menyewa rumah ni. Full furnished. Tak payah nak angkut ke
sana dan ke mari barang-barang dan perabot yang ada di rumahku. Aku melabuhkan punggungku
ke sofa.Menekan punat tv. Tak ada rancangan yang menarik. Nampaknya kenalah aku
menginstall astro.Tuan rumah tak
provide.Lagipun dah duduk sorang dalam rumah nih mesti boring kalau takde benda nak di tengok. Aku
membiarkan tv terpasang biar bising sikit,takdelah sunyi sangat.
“kreoookkkk”
Arrgghhh..lapar lah pulak perut ni. mana aku nak carik makan
ni..nak bawak keta pun tak tau nak beli makan kat mana. Maklumlah tempat
baru. Aku baru survey jalan nak gi tempat kerja je…lain-lain belum lagi…Aku
memutuskan untuk mencari tempat perkerjaanku untuk membawa diri dan memulakan
hidup baru. Bagiku bumi Sabah ni langsung tak pernah terlintas difikiranku, namun
begitu aku merasakan tempat ini cukup jauh bagi orang itu untuk mencari aku. Aku
berpesan dengan mama supaya tak memberitahu di mana aku berada walaupun dengan
kawan-kawan rapatku sendiri. Aku belum bersedia untuk menjawab soalan atau
menceritakan apa yang telah berlaku. Bila aku rasa dah bersedia aku akan
menghubungi mereka.Cukuplah sekadar keluarga saja yang tahu apa yang telah
terjadi.
Mc Donald!
Tiba-tiba aku terfikirkan Mc Donald. Tapi,ada ke kidmat
penghantaran McD kat Sabah ni?
Cuba jelah, tak cuba tak tahu. Aku mencapai handphoneku..
Alamak, aku tak ingat lah no McD…semuanya ada kat smartphone
ku. Tapi aku bertekad tak akan menghidupkan telefon yang satu itu.Aku
kemudiannya mengambil laptopku dan melayari internet untuk mencari nombor
telefon McD kemudian mendail nombor..
“Selamat petang,Mc.Donald delivery.Boleh saya bantu?” kedengaran
suara dihujung telefon.
“Selamat petang.Saya nak buat pesanan.”
“Ya,cik.Apa pesananan anda?
“Mc. Chicken Spicy Burger meal,apple pie satu and porridge medium. Minuman, please give
me strawberry”
“Hantar di alamat ini ke cik?”Operator itu menyebut alamat
rumahku yang berada di Cheras.
“Oh..tak,saya dah berpindah” Aku baru menyedari bahawa aku
perlukan alamat rumah ni. Aku terkial -kial membongkar handbagku yang berada dihujung
sofa..Nasib baiklah aku ada menyimpannya.
“Tolong hantar ke alamat ni.House no 76,Block B. University
apartment”
Selepas mengconfirmkan
no.handphone ku, dan yang lain-lain. Aku meletakkan telefon.Syukurlah,khidmat
delivery Mc D ada kat Sabah ni. Aku membaringkan tubuhku di sofa.Memandang
kosong ke arah luar jendela.Mindaku sekali lagi melayang..memandang jari
manisku,masih terlihat bekas cincin di situ.Tiba-tiba air mataku menitis..
Apalah kurangnya diriku…Sakit di hati masih terasa.
No comments:
Post a Comment